Peminat Tudung Bawal Perlu Tahu Info Ini

Dewasa ini kita lihat semakin ramai wanita muslim di Malaysia umumnya, mahu menggayakan hijab atau tudung di kepala. Alhamdulillah, suatu perkembangan positif hasil ilmu pengetahuan, exposure kepada trend sopan bukan sahaja di Malaysia, malahan trend fesyen sopan (modest fashion trends) adalah suatu trend global.

Pelbagai jenis dan stail yang terdapat di pasaran sekarang. Setiap benua dan negara mempunyai gaya muslimahnya tersendiri. Ada yang suka pakai tudung pashmina seperti di Pakistan dan India, ada juga gemarkan gaya moden dan hip seperti di Amerika Syarikat dengan memakai selendang atau shawl. Di Malaysia dan beberapa negara nusantara lain, tudung bawal adalah pilihan utama!

Tudung bawal pada awalnya sinonim dengan negeri Kelantan kerana pelbagai pilihan sulaman dan hiasan batu serta manik. Awal 1990-an, tudung-tudung bawal banyak yang dijahit manik pada hujungnya yang kebanyakannya sesuai untuk ke pejabat atau majlis formal. Ada juga jenis sulaman, samada di hujung kain tudung atau sulaman bunga comel pada badan tudung. Semakin lama, semakin banyak variasi tudung bawal dan sampai ke tahun 2023, tudung bawal masih menjadi pilihan ramai. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang evergreen!

Berikut Guzelhatun kongsikan beberapa info menarik yang kalian perlu tahu tentang tudung bawal:

·        Bentuk

o   Bentuk tudung bawal adalah segi empat sama. Lahirlah terminologi square hijab apabila penggemar tudung bawal membawa gaya ini ke lapangan antarabangsa. Nampak urban!

·        Saiz

o   Saiz tudung bawal ditentukan dengan panjang sisi tudung tersebut. Paling biasa dijumpai dan digunakan oleh wanita Malaysia adalah bidang 45, bidang 50 atau bidang 60. Nama-nama ini merujuk kepada panjang sisi tudung bawal dalam ukuran inci. Bidang 45 misalnya bermaksud 45 inci panjang sisi tudung bawal ini.

o   Kalau di Turki, square hijab mereka lebih kecil iaitu 36 inci. Ini bergantung kepada budaya setempat juga.

o   Lebih besar bidangnya, lebih labuhlah tudung bawal tersebut untuk menutup dada sekiranya saiz yang kecil tidak menepati citarasa.

  • Material

o   Terdapat banyak jenis material tudung bawal yang ada di pasaran Malaysia. Yang paling biasa dijumpai di mana-mana tempat pun adalah material kapas. Sesuailah dengan iklim negara kita yang panas sepanjang tahun ini. Material kapas menyerap peluh, airy dan ringan.

o   Material lain yang sedang in trend adalah satin, sutera dan kombinasi keduanya. Dunia tekstil global sentiasa bergerak pantas dalam mengeluarkan fabrik-fabrik yang ringan, tidak jarang dan sesuai untuk dijadikan tudung atau hijab.

·        Jenis Tudung Bawal

o   Tudung bawal cuma ada dua jenis sahaja iaitu polos (plain) atau bercorak (printed).

o   Kedua-dua jenis ini mempunyai permintaan tinggi oleh peminat-peminat tudung bawal tau!


Guzelhatun menawarkan koleksi tudung bawal / square hijab daripada material cotton voile yang berkualiti tinggi, dihiasi dengan corak batu tabur atau koleksi premium pada harga yang mampu milik untuk semua!